Pages - Menu

Thursday, May 21, 2015

5 sumber makanan harian untuk membina otot

Assalamualaikum rakan blogger yang dikasihi sekalian..
Ok kita teruskan entri kesihatan yang seterusnya... Untuk entri kali ni aku nak membebel pasal makanan yang tepat untuk sesiapa yang obses pada diet harian korang di luar sana. Majoriti rakyat Malaysia ni memang akan ambil berat tentang berat badan mereka... Yang gemuk nak jadi kurus dan slim dan yang slim tuh nak jadi gemuk.. Macam macam kerenah hehe.. Ok di sini aku nak kongsi sikit sebanyak tentang pemakanan yang betul untuk diet korang terutama untuk yang suka bina badan tuh.. Take note yer =)

5 Makanan yang sesuai untuk gain mass ( Natural Sources )


  • Telur Putih ( Egg Yolk )
Seperti yang kita semua tahu telur adalah sumber asas protein yang membantu pembentukan tisu tisu baru dalam tubuh kita di samping menyeimbangkan kita punya sistem immune badan. Jumlah yang di nasihatkan untuk mereka yang berminat membina otot adalah 3-5 biji sehari secara rebus atau pun mentah. Elakkan dari goreng sebab kalau goreng akan jadi penambahan kolestrol daripada minyak yang digoreng. Selain tu, telur ni jugak kaya dengan vitamin D, E , zat besi dan juga fosfor.
  • Brocoli

Ok, yang ni tipu kalau korang tak pernah makan.. Aku yang x suka makan sayur berat pon tahu neh haha.. Okay ni adalah brocoli, Dalam brokoli ni kaya dengan Vitamin C yang memang diperlukan untuk sistem badan. Di samping vitamin C, brocoli jugak ada kandungan vitamin A yang berfungsi sebagai antioksidan pada tubuh kita. Kebanyakan orang yang ingin menjada badan mereka akan mengambil lebih banyak unsur sayur sayuran dan antara sayur sayuran yang kaya dengan zat besi adalah brocoli ni. 
  • Kacang Almond

Okay ni pulak kacang almond. Mesti korang pernah makan kan biskut Almond London? Ni la salah satu ramuan yang ada dalam biskut yang korang suka sangat makan tu.. Ok korang nampak ianya hanya sebagai kacang kan? tapi untuk pengetahuan korang semua, dalam almond ni terdapat kandungan vitamin E yang tinggi yang berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah pembentukan radikal yang bebas semasa korang jalankan latihan senaman atau fitness. Selain tu, almond juga mempunyai protein nabati yang berfungsi untuk pembentukan otot.

  • Daging dan ayam

Ok part ni admin pasti ramai yang selera kan.. Maklumla dah jadi makanan rutin kebanyakan kita. Tak makan ayam sehari memang tak sah. Tapi kalau boleh jangan plak terlebih makan sampai x larat nak bersenam. Ok dalam kedua dua sumber darat ini mengandungi kandungan protein yang tinggi. Malah daging terutamanya kaya dengan zat besi dan mineral. Ada juga lemak atau karbohidrat dimana ianya sesuai untuk para binabadan ( dalam kuantiti yang mencukupi ) kerana mereka akan banyak memerlukan garam mineral sewaktu jalankan aktiviti fitness dan juga tenaga yang banyak. 
  • Air


Ok ni last untuk enri ni. Admin nak pesan jangan banyak sangat minum air manis takut nanti kena diabetes pulak. Ok untuk menjaga bentuk badan yang ideal, korang kena minum banyak air masak atau air kosong atau air putih ( mana-mana jelah panggilan sama aje ). 80 % kandungan air dalam tubuh manusia digunakan untuk mensintesis protein yang diperlukan pada tubuh badan kita. Sebab tu kita digalakkan minum air sekurang atau at list 8 gelas sehari. Atlit sukan atau binabadan memang perlu minum banyak air putih untuk reenergize balik.

Ok selamat mencuba semua.. Jadikan ini sebagai info tambahan selebihnya boleh meminta nasihat dari pakar dietary atau doktor di hospital atau klinik. Hehe 









No comments:

Post a Comment