Pages - Menu

Thursday, May 28, 2015

Perasaan, Hati dan Kasih Sayang

Assalamualaikum semua rakan blogger...
Memandangkan cuti semester pun da tak lama nak berlabuh, makin kurang masa untuk aku nak update post kat blog ni yerr... Ok lah taknak mukaddimah panjang panjang, entri kali ni aku nak sentuh sikit pasal perasaan, hati dan kasih sayang yang pernah kita tujukan dan luahkan kepada seseorang yang belum pasti menjadi milik kita.

Baiklah wahai rakan rakan bloggers yang aku hormati dan sanjungi sekalian,
Pernah tak korang meluahkan atau confress perasaan korang dekat makwe makwe atau pakwe korang? Mesty pernah kan sebab aku pun pernah buat perkara yang sama.. Tapi....

Ada selitan nasihat di sebalik apa yang aku cuba sampaikan dan kongsikan ni... Ok kita apabila meningkat usia remaja (13-18 tahun), jiwa kita akan mencari cari erti sebuah kehidupan, berusaha untuk merasai apa yang orang dewasa rasai. Cuba fikir balik kenangan kenangan waktu korang sekolah dulu? Berapa kali bercinta dan putus cinta? Ye aku yakin mesty banyak kali kan, bagi yang kekal sampai ke jinjang pelamin tuh Alhamdulilah tapi bagi yang separuh jalan tu? Apa cerita? Aku tak mention kat sape sape sebab aku pun pernah bercinta waktu persekolahan dulu (cinta monyet). Ok bermulalah babak babak Perasaan, Hati dan Kasih Sayang ... cewaaaah...


Cuba fikir dan renungkan... sepanjang kita bercinta apa yang kita dapat selain kasih sayang dan keikhlasan hati seseorang tu? Cuba bayangkan bertapa tabahnya dan ikhlasnya cinta kita kepada seseorang yang kita anggap bukan lagi sebagai kawan tetapi ingin mengenali hati dirinya dengan lebih rapat lagi. Cuba lihat apa reaksi seseorang yang kita sayangi apabila dia perasan yang kita menyimpan jauh di sudut hati perasaan terhadap dirinya. Pernah tak terbayang apabila kita menyatakan hasrat hati kita , apa jawapan yang bakal keluar dari mulutnya? " Dia terima atau tak ?".
Setiap manusia sudah dikurniakan fitrah menyintai antara satu sama lain, tapi kita boleh fikir bahawa jika sejauh mana pun dirinya dengan diri kita jika kita berpeganng pada jodoh Allah dan ikatan yang bakal kita jalinkan itu berlandaskan apa yang disyariatkan agama pasti ianya akan jadi hak milik kita. Jika kita sering meluahkan perasaan sayang dan kasih kita terhadap pasangan kita, apa reaksi pasangan kita terhadap luahan kita tu? Kalau yang memberi reaksi positif tu kira ok la tapi cuba renungkan jika kita sudah bertahun tahun mencurahkan kasih sayang kita dalam bercinta, tapi bila kita nyatakan hasrat nak menghalalkan apa yang haram, tiba tiba pasangan kita bagi bermacam macam alasan seolah olah nak lari dari diri kita. Pernah tak rasa diri dipermainkan setelah berabad menyemai kasih dan perasaan yang terjalin tuh dah hampir menjadi pohon dalam hati kita? Sudah pasti ianya perit untuk diterima bila pasangan kita mula berpaling tadah dan melupakan diri kita.

Sebab itu untuk bercinta, lebih baik cari hati yang betul betul ikhlas nak raih cinta kita. Bukan sekali dua petik dah dapat, mudah dapat sudah pasti juga mudah lari dari kita. Aku tak petik hal orang lain, tetapi ini jugalah situasi yang pernah terjadi kat aku. Memang mudah bibir menabur bicara dan janji tapi tidak mudah untuk hati dan fikiran melaksanakan. Jadi pesanan untuk adik adik yang baru nak kenal erti cinta tuh, lebih baik berwaspada sebelum terkena. Bila dah kena hati yang luka susah dik nak pulih. Perlu sedar bahawa cinta kan bunga yang mekar pasti akan layu jadi baiklah cintakan Allah insyaAllah semuanya baik...

Ini saje cerita dan nasihat untuk sesiapa yang pernah kehilangan cinta dalam hidup... Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu kesilapan saya sendiri... Salam =)

2 comments:

  1. adik² belajar dulu sampai berjaya. biarlah cinta tu yg kedua. Nanti cinta kemana, belajar kemana. putus cinta bukan mcm hilang baju esok berganti, bukan senang mengubati. hati manusia cepat berubah, sekejap suka sekejap tak. sekejap sayang sekejap ragu². hm kalau betul mahu, doa lah pada Allah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Blue Fire Pointer