Pages - Menu

Saturday, May 16, 2015

Mujahaddah Pembentuk Jati Diri Muslim

Assalamualaikum warga blogger yang dikasihi...

Hari ni nak share entri pasal kenapa kita sebagai muslim perlu bermujahaddah.. Apa itu Mujahaddah? Bagaimana untuk kita mulakan mujahaddah kita?

Baiklah.. Mujahaddah adalah erti lain bagi perkataan jihad.. Di mana kita sebagai umat Islam disarankan untuk bermujahaddah ke jalan Allah.. Tapi bagaimana langkah permulaan untuk kita memulakan jihad kita?



  • Pertama sekali, untuk berjihad secara fizikal, seseorang muslim atau muslimin harus bermujahaddah dengan nafsu. Kalau kita tak mampu untuk berjihad dengan nafsu bagaimana kita hendak berjihad di jalan selainnya? Jalan jihad yang lebih berat daripda jihad dengan nafsu sendiri? Saya sendii pun belum lagi yakin 100% untuk berperang dengan nafsu, kerana nafsu yang tumbuh lekat pada diri kita memang susah dikawal. Tapi jika kita sentiasa muhasabah diri untuk ke arah yang lebih baik, sukar mana pun pasti kita akan cuba mempertingkatkan kualiti iman kita supaya diri kita mampu mengawal nafsu sendiri.

  • Jika diri kita dah dipersiapkan dengan akidah yang kukuh dan berilmu, maka kita mampu memperjuangkan hak hak saudara saudara kita yang sedang menderita di luar sana. Fokus utama kita adalah belajar menuju jalan Allah atau kata Fisabilillah. Kita dituntut untuk menimba sebanyak mana ilmu sehingga kita mampu mempersiapkan diri kita bersama minda yang cemerlang dan berkualiti untuk mencegah dakyah dakyah anti Islam di luar sana. Menimba ilmu itu juga adalah salah satu daripada Jihad yang wajib dipegang konsepnya oleh para muslim yang ingin menjadi mujahaddah.

Cukuplah sedikit perkongsian dari saya. Moga mendapat manfaat dan ilmu walhal ianya sedikit tapi mampu memberi kesan yang mendalam. Segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu silap saya sendiri.. 


No comments:

Post a Comment

Blue Fire Pointer