Pages - Menu

Monday, June 1, 2015

Tips Untuk Berjimat

Assalamualaikum warga bloggers yang saya hormati.. Untuk entri kali ni admin nak kongsi sikit pasal tips tips untuk para para belanjawan yang tak mampu nak menahan nafsu membeli belah ni supaya lepas ni lebih berjimat yer... Dunia membeli belah ni biasanya lazim dalam kalangan perpempuan, maklumlah lelaki kalau abis duit pun sebab keperluan dan rokok semestinya. Entri kali ni aku nak tuju pada korang semua sama ada lelaki atau perempuan, sebab apa? Manusia dikurniakan nafsu , salah satu nafsu yang sangat susah nak tangani adalah nafsu berbelanja.

Pergi kedai runcit pun sampai nak boroong semua kan.. Hehe
Okay kita sekarang dalam pembaharuan sistem ekonomi negara, jadi kena pandailah berjimat ceramt dan hemah dalam perbelanjaan seharian. Nanti kalau dah semua ikut perasaan je nak beli ni, beli tuh nanti siapa susah? Diri sendiri gak yang menanggung beban kan.. Harap tips tips yang x seberapa nak cun ni mampu mengubah sedikit sebanyak perspektif diri kita ke arah belanjawan yang bijak pada masa akan datang. :)


Buat Senarai Bajet 
  • Kalau boleh para belanjawan kat luar sana khususnya wanita, ibu ibu, makcik makcik atau akak akak yang suka sangat shopping , misi korang adalah korang sendiri kena tahu apa itu keperluan dan kemahuan. Buat senarai barangan yang menjadi keperluan asas kehidupan terlebih dahulu, jika ada sedikit bajet yang lebih baru mula fikirkan untuk barangan kemahuan. Dengan ni, korang akan membelanjakan lebih kepada barang barang keperluan untuk hidup daripada fokus kepada kemahuan terlebih dahulu. Boros di awal bulan dan bila sampai akhir bulan semua tabung dipecahkan.. Hehe..
Kurangkan kadar bajet
  • Satu lagi tips untuk korang nak jimat, walau ada banyak duit sekalipun . Cuba kurangkan sedikit mungkin 10-15% kadar bajet bulanan korang untuk berbelanja dan selebihnya cuba letak dalam tabung sendiri. At list nanti duit yang dari tabung tu jugak berguna jika ada hal hal kecemasan kelak. Bak kata pepatah dikit dikit lama lama jadi bukit. Buat bajet se minima mungkin untuk perbelanjaan bulanan jadi korang akan boleh elak dari melakukan pembaziran. Bila korang dah kurangkan kadar bajet korang, mesti akan rasa sayang nak belanja duit yang ada kan. Hargailah wang yang kita miliki sebelum ianya belum pasti kekal menjadi milik kita =)
Menabung
  • Untuk ibu bapa di luar sana, kalau boleh ajarlah anak anak cilik untuk menabung sejak bangku sekolah lagi. Amalan menabung ni memang sangat penting taw. Sekarang macam macam bank tabungan yang telah disediakan dalam negara. Ibu bapa boleh terus menabung untuk anak anak bagi masa depan mereka. Bila mereka melakukan amalan menabung, secara saintifiknya anak anak akan belajar untuk berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan mereka sendiri. Jadi apabila mereka meningkat dewasa, mereka dah terbiasa dengan amalan menabung yang diajar sejak mereka kecil lagi, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan.


Trend

  • Memang menjadi amalan generasi hari ni untuk mengikut trend supaya kelihatan "up to date" kan. Sebenarnya tak salah untuk mengikut trend tapi jangan terlebih bergaya samapi terpaksa berhutang. Cuba fikir untuk apa ada banyak banyak koleksi kasut dan beg tangan misalnya, yang dipakai cuma 1 jenama sahaja kan? Beli banyak banyak hanya untuk mengikut trend buat apa kalu tak dipakai. Mengikut trend sekadar mampu, ukurlah baju di badan sendiri. Jika kita berhutang semata mata untuk mengikut trend, tetapi menanggung kerugian pada masa akan datang buat apa? Hehe cuba renung renugnkanlah..
Ok lah rasanya ini saja celoteh dan coretan entri aku untuk kali ni.. Moga yang baik jadi tauladan dan yang tak elok jadikan sempadan. Segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang datang dari aku sendiri... =) 


No comments:

Post a Comment

Blue Fire Pointer